Popular Post

Thursday, June 16, 2011

Sarah May Low, PAGEANTIsland's Old Time Friend Yang Hot....

Sudah agak lama PAGEANTIsland tidak berjumpa dengan Sarah. Beliau adalah bekas finalis Miss World Malaysia 2009, pertandingan ratu yang dimenangi oleh Thanuja Ananthan. Berkesempatan bertemu dengan beliau di majlis pelancaran coklat jenama Jessie Chantelle di hotel Le Meridien KL pada 26 Jun, PAGEANTIsland mengambil kesempatan yang ada bertanya perkembangan terbaru gadis yang amat peramah ini.

Apa yang PAGEANTIsland perasan adalah, hiasan kuku beliau yang amat unik menyebabkan PAGEANTIsland tidak berhenti-henti minta beliau pose istimewa buat kamera PAGEANTIsland dan Sarah seperti yang PAGEANTIsland kenal, memang sentiasa ramah, selalu tersenyum dengan senang baik hati-POSE!

PAGEANTIsland berasa bangga kerana ini adalah pose paling istimewa oleh Sarah untuk PAGEANTIsland. Terima kasih.

Walaupun agak sibuk dengan kerja, Sarah dapat juga datang ke majlis pelancaran coklat mewah yang diterajui olh Chantelle Chuah, iaitu Miss International Malaysia 2010 yang juga merupakan rakan baik beliau.

Sarah bergambar bersama Katharine Brown, Miss International UK 2010 dan Chantelle Chuah, Miss International Malaysia 2010 selepas berakhir majlis pelancaran coklat Jessie Chantelle oleh Chantelle Chuah

Sarah bergambar kenangan bersama rakan sambil memegang coklat Jessie Chantelle yang datang dalam pelbagai saiz dan bungkusan istimewa.

PAGEANTisland berasa sedikit sedih kerana Sarah menyatakan bahawa beliau akan berpindah ke luar negara buat seketika waktu. PAGEANTIsland ucapkan selamat berjaya untuk apa sahaja bidang yang diceburi oleh Sarah di masa depan, dan semoga dapat berjumpa lagi okay....love u all!....