Popular Post

Tuesday, July 5, 2011

MAZLAN JUJU, Pereka Baju Tradisional Tersohor Malaysia.

Dalam keributan pertandingan Miss Earth Malaysia 2011, PAGEANTIsland berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan MAZLAN JUJU, seorang pereka baju tradisional terkenal Malaysia. Sudah lama PAGEANTisland mahu berkenalan dengan beliau yang amat peramah dan stylish ini.

Kesempatan yang ada PAGEANTIsland bertanya mengenai perjalanan perniagaan serta pembabitan beliau dalam pertandingan ratu cantik tempatan. Tempatan?..Memang PAGEANTIsland salah kerana beliau ini boleh dikategorikan sebagai designer elite kerana pencapaian beliau memang hebat dan telah melangkau ke peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian beliau yang PAGEANTIsland sendiri kagumi adalah:
1) Winner for Best National Costume, Miss Intercontinental 1990 di Lagos, Nigeria.
2) Best National Costume, Miss Southeast Asia 1992 di Singapura.
3) Best Tradional Costume, Puteri MAS 1996, di Malaysia.
4) Best National Costume, Mrs World 2000 pageant di Las Vegas, USA.

Projek terbaru, beliau telah dilantik sebagai pereka pakaian tradisional Miss Earth Malaysia 2011 untuk dipakai ke peringkat antarabangsa di Pattaya. Melihat kepada pencapaian serta kepakaran beliau, PAGEANTIsland memang yakin, pakaian tradisional yang bakal dihasilkan memang bakal memukau.

Juju memegang majalah rasmi Miss Earth Malaysia 2011 yang beliau berikan kepada PAGEANTisland. Terima kasih Juju.

"Sapa kata Juju senyap..!" itulah ungkapan beliau. Mazlan Juju atau lebih mahu dipanggil Juju ini sebenarnya banyak terbabit dengan pelbagai acara di sekitar Kuala Lumpur dan negara-negara Jiran. Beliau juga adalah seorang businessman yang berjaya. Juju juga sibuk dengan perniagaan menjual minyak wangi, penjagaan kecantikan dan rambut, kelas andaman pengantin dan tata rias, aksesori serta pelbagai bidang lain. Beliau juga mempunyai salon kecantikan sendiri iaitu MYSALON, HAIR.BEAUTY yang terletak di Ulu Kelang.

Tidak hairanlah tatkala PAGEANTisland bertanya, apa petua penjagaan muka?, kerana jika dilihat dari dekat, beliau tidak mempunyai sebarang kerut walaupun di bahagian leher. "umur saya double dari umur u", kata Juju. (PAGEANTIsland berusia 30an,hehe). "Sebagai businessman bidang kecantikan, memang saya kena jaga penampilan, at least buat dan jaga untuk diri sendiri", tambah Juju lagi.

Juju memegang cenderahati yang beliau terima sebagai penaja rasmi pakaian tradisional untuk Miss Earth Malaysia 2011.

Apabila PAGEANTIsland bertanyakan kepada beliau mengenai pandangan sesetengah pihak mengatakan rekaan beliau agak ketinggalan zaman, beliau menegaskan bahawa, tidak ada elemen ketinggalan zaman dalam mana-mana pakaian tradisional malah beliau yang berpegang kepada konsep pakaian tradisional sepatutnya mengekalkan keanggunan asal bagi mengekalkan aura dan soul sesuatu pakaian tradisional tersebut dan bukan dirosakkan oleh elemen-elemen baru yang berteraskan konsep kontemporari.

PAGEANTIsland mengucapkan semoga berjaya selalu serta mengharapkan pakain tradisional yang bakal beliau hasilkan akan VAS! dan meletop seperti selalu serta mendapat pengiktirafan sekali lagi di peringkat dunia menjelang November nanti.